Nota Hati ✿

Aku manusia
Nilailah aku dengan kesederhanaan
Aku punya peribadi
Tapi kau pandang enteng
Rahsia aku dengan Ilahi
Yang aku cinta sejak azali
Tak perlu menunjuk nunjuk
Cukup sekadar Dia Yang Maha Mengetahui
Dan aku pasti
Cerita ini bukan dalam genggamanmu
Kau kosong tentang tu

Aku wanita
Punya harga diri
Menghijab diri sekadar saja
Tapi cukup untuk menutup
Dari pandangan yang bernafsu raja

Aku punya personaliti
Bukan untuk dinilai
Wanita
Ya , aku pegang amanah yang diberi
Menjadi serikandi yang abadi
Kekasih Sang Khuluq
Kepada Dia aku berserah diri
Amalanku bukan tayangan
Apa lagi persembahan
Apa kau tahu , amalan yang aku lakukan ?

Kau nilai dia dengan luaran
Aku dan dia berbeza
Lembut bicaranya , tapi itu bukan dia
Aku , tiada kemanisan dalam kata kata
Tapi aku ada senjata rahsia
Lembutku bukan luaran
Yang sekadar tayangan
Tapi ketegasan dalam kelembutan
Ya ,
Impian setiap perempuan
Yang punya iman dan ketaqwaan

Dalam kelemahan
Aku percaya
Dia memberi kekuatan
Dalam kesungkuran
Air mata menjadi peneman
Dalam sujud aku tersedan
Hanya Dia yang tahu cerita
Yang aku luah dalam ketaatan
Kerana aku tahu
Cerita aku Dia simpan
Ayat cinta dalam kesaksian

Aku hamba ,
Yang punya sekeping Qalbi
Yang perlu dijaga rapi
Ingin menjadi seperti Sha'bah 
Atau Rabiatul Adawiyah
Mungkin Siti Khadijah
Juga seperti Fatimah yang setia
Punya peribadi yang mulia 

Aameen 

Popular Posts