Manusia
Satu hari Allah akan bukakan hati kita
Untuk sedar silap apa yang kita dah buat
Sebab kita manusia mudah leka
Leka dengan pandangan dunia yang melulu
Mungkin pesongan dunia akan bagi kita luka
Kemudian baru nak terngadah mencari Pencipta
Fitrah manusia adalah lupa
Kerana manusia itu asalnya dari perkataan 'nis-yan' yaitu lupa
Bila kita sedih baru bentang tikar sejadah
Sujud lama
Bila gembira kita lupa nak bersyukur
Hidup
Allah nak bagi kita merasa sedih sebelum bahagia
Kerana apa?
Manakan datang sang pelangi kalau belum muncul sang hujan
Kan?