CINTA ?

Assalamualaikum and salam sejahtera gorgeous readers and followers :) (even ada few followers je pun -.- *sigh much*) hahaha. Here, I wanna give a few points and pandangan about LOVE. Tak tahulah. Saya rasa terpanggil untuk berfikir apa yang dikatakan CINTA, terutama pada zaman remaja. Sebab, CINTA pada zaman remaja yang paling luas diperkatakan sekarang kan.

   Melalui overview saya, remaja semakin matang memikirkan soal cinta. Tapi, apa definisi dan landasan cinta yang sebenarnya? Apa betul kita boleh membezakan perasaan suka dengan rasa RASA CINTA? 

   Betul ke dengan cara mencintai seseorang dengan COUPLE? Okay, ini pandangan saya.
  • Pada saya COUPLE itu permulaan jodoh. Saya pernah dengar guru agama masa saya zaman sekolah saya cakap macam ni dulu. Tapi, ustazah saya kata, CINTA yang bertepatan dengan agama ialah bila tiada rindu rinduan, tiada kata kata manis, dan tiada pegang pegangan. Jadi, saya berfikir, bolehkah bercinta dengan keadaan begitu? Ustazah asyik mengingatkan, letakkan cinta Allah di atas sekali. Barulah kita akan memperoleh CINTA yang sebenarnya.
  • Cara demonstrate rasa CINTA kepada seseorang bukan dengan cara menelefon malam malam dan menyatakan rindu kepada sang kekasih dengan nada yang dilembutkan. Sesungguhnya tidak manislah apabila lelaki dan perempuan dalam keadaan berduaan kerana orang yang ketiga adalah syaitan walaupun melalui telefon. Cara mengekspress rasa cinta terhadap sang kekasih yang dicintai ialah dengan mendoakan semoga jodoh yang diharapkan akan sampai ke akhir hayat serta dalam redhanya. 
  • Saya tidak mengatakan couple itu salah apatah lagi nak mengatakan ianya betul. Tapi saya lebih percaya dengan CINTA selepas kahwin (Y)
So the main point is, LETAKKAN CINTA PADA YANG SEBENARNYA KERANA CINTA YANG SUCI ADALAH CINTA YANG BERADA DI DALAM REDHA-NYA

Popular Posts